:: SATU KEINSAFAN - aku sedar kini betapa AGUNGNYA kekuasaanMU Ya Allah ::
June 11th, 2008 by amaluddinrazaliErm…entah…kadang2 aku rasa macam nak citer jer kat orang tentang apa yang dah aku alami semenjak 2 menjak ni…Sesuatu yang telah merubah pandanganku, kefahamanku dan keyakinanku tentang agamaku sendiri…tentang kekuasaanMu, Ya Allah…
Rasanya, eloklah dimulakan dengan sedikit latar-belakang aku sejak beberapa tahun kebelakangan ni..
..Dulu, aku ni seorang yang pencinta agama and boleh ar dikatakan sebagai seorang ‘mat surau united’ ar jugak…dari kecik aku memang minat dengan wirid2, selawat nabi, hafazan, nasyid, azan dan membaca Quran…ditambah pulak start dari form 1, aku duduk kat asrama…so, memang suka ar belajar2 benda ni…akhirnya, bila kau mencecah form 3…aku boleh ar digambarkan sebagai seorang yang mempunyai asas agama yang kukuh…aku suka mengajak orang bercerita tentang kebesaran-kebesaran Allah dan bercakap tentang agama, kerana aku merasakan bahawa keberkatan dari tuhan itu adalah penentu kejayaan hidup seorang insan…Pastu bila masuk MCKK, aku juga berjinak-jinak dalam nasyid dan meneruskan kerja-kerja kerohanian….Masa aku form 5, kerana kredibiliti aku sebagai seorang prefect dan komitmen yang aku berikan kepada surau, aku diberikan mandat untuk menganggotai Ahli Majlis Syura’ Badan Nahdhah Islamiyah MCKK sebagai ketua Syukbah Penerangan….seriously waktu dulu, aku bukan sengaja nak join badan-badan agama ni sebab aku nakkan jawatan(walaupun sebenarnya, komitmen yang aku berikan pada surau telah memberikan aku kepercayaan dari rakan2 dan guru untuk memegang banyak jawatan)…tetapi waktu tu aku begitu kagum dan bersemangat untuk ke surau kerana aku merasakan hanya Allah sahaja yang akan melindungi aku dari sebarang musibah dan malapetaka dalam menjalaani kehidupan yang penuh dengan buli dan hasad dengki kat MCKK nie…ditambah pulak waktu tu, Surau MCKK pun, MasyaAllah…..hebatnya!!! senibina dan saiznya merupakan surau yang terbesar dan tercanggih di mana2 sekolah mahupun kolej2 di Malaysia ni aku rasa…Therefore, bertambah-tambah ar minat aku untuk ke surau pada waktu itu…
Selepas masuk kmb, aku bertekad untuk melupakan kisah dan zaman2 hitam di MCKK(cos, aku banyak ditindas dan diasingkan oleh sekumpulan insa2 yang busuk hati dengan peluang dan kejayaanku disitu) serta memulakan life dan personality baru…aku nak jadi Amal yang lain, tapi yang peliknya aku mengambil keputusan untuk tidak lagi bergiat dalam kegiatan agama dan kerohanian…aku dah mula menjauh-jauhkan diri dari surau cos orang kata,
"tak macho ar kalau join mat surau"
….aku mula menjadikan azan Maghrib itu sebagai indicator aku masuk bilik air dan mandi, bukan untuk ke surau…BILIK pula, telah ku isytiharkan sebagai tempat sujud aku, bukan lagi surau…aku, tak seronok langsung dengan aktiviti usrah yang dijalankan+mengatur strategi dengan hazrul dan mukhlis(member usrah aku) untuk melarikan diri dan mencari alasan setiap kali usrah…kesian abang Azri yang menjadi naqib aku terpaksa berkejar-kejar dengan Muhaimin mencari kitorang….aku solat pun ikut dan jer….takde ar kata tak pernah solat langsung, tapi aku memang banyak tinggal ar dari sembahyang….lebih-lebih lagi time homework and presentation tengah banyak, memang aku tak solat langsung!!!…Time bulan puasa lagi ar teruk, aku tak kisah pun orang bwat aper time puasa…aku juz tido…tido…dan tido…sampai waktu, aku berbuka…sekadar menahan lapar dan dahaga jer…tapi, ok jugak ar…dalam bulan puasa aku dah mula jaga solat balik…terawih??? hurm, ikut keimanan arr…kalaw rasa nak pergi; pergi…kalu rasa taknak; aku tidur jer kat dalam bilik….tapi dulu memang iman aku fluctuate giler2…sampai satu tahap aku rasa aku dah hampir2 murtad kerana banyak mempersoalkan tentang kekuasaan Allah dan Qada’ dan Qadar…
1. Ok, kalau benar Allah itu Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, kenapa Umat Islam di Palestin dan ditempat2 lain disiksa, dibunuh, ditindas, diperkosa dan diperlakukan sesuka hati????
2. Ok, kalau benar Allah itu Maha Adil, kenapa manusia dilahirkan dengan berbeza-beza kepandaian dan bakat???? Mengapa sejak azali lagi, jahat baik kehidupan dan pengakhiran kehidupan manusia itu telah di’pre-determined’???
3. Kenapa umat Islam yang dikatakan sebagai umat yang terpilih, diciptakan lebih kurang pandai daripada bangsa Yahudi??? Musuh Islam????? Kalau macam tu, bagaimana untuk Umat Islam akan menang???Bila kita akan menang semula???? katakan bila????
………sebenarnya banyak lagi yang ku persoalkan dan rasanya tak perlu ku tulis semuanya….dan hari demi hari iman dan ketaqwaanku makin parah, makin tenat dan makin berkurangan dalam dada ini….Aku mula membenci mereka-mereka yang datangnya dari golongan Mat Surau…aku tidak mahu berimamkan mereka2 yang pada diriku waktu itu, kuanggap sebagai mereka yang munafik+berpura-pura baik…lantas, aku mengambil keputusan untuk solat sendirian di bilik sahaja….Aku benci kepada mereka-mereka yang melakukan ziarah dari bilik ke bilik…kalau mereka masuk, lantas aku cepat2 keluar dan tinggalkan roommateku Aladin sorang jer kat dalam bilik…Aku menjadi semakin bongkak dan takbur kepada Yang Maha Pencipta…sehinggalah sampai waktu dan ketikanya, Yang Maha berkuasa merampas dan mengambil kembali sesuatu yang telah dikurniakan padaku selama ini….2 aset yang paling beharga buat diriku….Yang telah mengangkat darjatku daripada orang lain…iaitu
-KEBIJAKSANAANKU serta SIFAT RAJINKU-…
…Pelajaranku makin merosot….Susah untuk focus study walaupun selama sejam…segala yang aku hafal dari buku, hilang terus dari ingatan setiap kali exam mahupun test….Aku tidak lagi menjadikan buku sebagai teman karibku tetapi kugantikan dengan membuang masa menonton movie, bermain game, tidur, bersembang dan banyak lagi…Aku seperti layang-layang yang terputus tali….Aku hilang arah….Guru-guruku dan keluargaku makin gusar dan bimbang akan masa depanku sebagai seorang pelajar tajaan MARA ekoran dari resultku yang semakin gelap dan merudum….Aku sedar akan semua itu tetapi setiap kali aku cuba untuk study kembali, otakku seperti tepu….tidak boleh menerima sesuatu ilmu pun….Ku rasakan lebih banyak ilmuku yang keluar daripada ilmu yang masuk….lantas aku mengambil langkah drastik untuk meninggalkan segala tabiat burukku yang suka membuang masa dan mula mengambil buku sebagai teman rapatku .kembali..Tetapi kupunya penyakit baru…badanku mudah letih dan cepat mengantuk…Aku seringkali ditegur kerana banyak tertidur dalam kelas….Aku seperti tidak berdaya…Aku rasa sungguh lemah, tetapi aku kuatkan juga usaha…aku gandakan masa study dan lebihkan membuat latihan…TETAPI, tidak semudah yang ku jangkakan…Aku masih berada di takuk yang lama…Keputusan aku ada menunjukkan peningkatan…tetapi peningkatan itu terlalu sedikit dan seperti boleh diabaikan…Seperti biasa mak dan abah bising2 di rumah kerana MARA menghantar surat amaran lagi….Mak menangis di tikar sejadah mengenangkan nasibku…Aku tidak terdaya untuk menjawab melainkan mengatakan kepada mereka bahawa aku telah berusaha…berusaha sedaya-upaya…tetapi kurasakan seperti ada sesuatu yang menahan kejayaanku…aku tidak tahu….Ku hanya dapat mengatakan bahawa KUASA itu sungguh kuat…Aku tidak mampu melawannya…walau sekuat manapun aku berusaha…Lantas, aku akur dengan takdir yang telah ditentukan dan terus lagi mencuba dan mencuba sampai entah berapa juta kali aku membaca mukasurat yang sama dalam buku2 pelajaranku tetapi keputusan dan kefahamannya tetap juga begitu…ramai cikgu2 mengatakan perkataan begini padaku…
" Amal, it seems that u still cannot understand the repeating similar question.." dengan nada yang kesal mereka memandangku seperti memandang satu product yang gagal, yang tidak mungkin dipulihkan, yang menunggu masa untuk ditendang keluar dan diberhentikan tajaan pelajarannya…Itulah Aku, seorang manusia yang telah banyak melukakan hati guru2 dan ibu-bapaku….Akulah manusia yang paling tak berguna sekali dibiarkan hidup di atas muka bumi ni…Akulah cita-cita agama(maksud nama amaluddin) yang tak mungkin dikecapi impiannya kerana otakku sudah tidak lagi berguna…
Pada satu hari, naqib aku balik KMB dari Uni.Galway…accidentaly terjumpa dia…First thing yang dia kata kat aku, "MasyaAllah, Mal…Aurat tu"…hehe, alar aku kalau nak pegi toilet tu memang berboxer sahaja…MCKK’s style lar katakan…Lepas solat Jumaat dia ader bwat meeting kecil for anyone tuk tanya dia bout the interview preparation…aku pun dok dengar ar apa yang dia cakap tu…memandangkan apa yang dia cakap tu smuanya yang aku dah tahu…tiba2 fikiran aku melayang-layang dalam kelunakan suara Abg Azri dan teringat tentang nasihatnya yang pernah diberikan padaku setahun dulu…
"Mal, mal selalu cakap ngan abang takde masa, takde mase…and takde mase…Tiap kali nak usrah jer takde masa….nak solat jemaah jer takder masa…nak dengar ceramah pun takde masa…abang pun sama macam amal gak, budak medic, pegang banyak jawatan walaupun tak sebanyak Amal…tapi, Alhamdulillah…Allah beri abg cukup masa…cukup masa solat, masa study, bwat homework, meeting, hadir usrah and sebagainya….Tak cukup dari tu, Allah permudahkan urusan Abang tuk belajar kerna Nabi S.A.W pernah bersabda ”Barangsiapa yang menolong dan membantu menegakkan agama Allah, InsyaAllah…Allah akan bantu untuk permudahkan urusannya”….Jadi Yakin dan selalulah berdoa pada Allah…Insya Allah, Allah akan bantu kita dalam study….dan ingatlah cerah-gelap masa depan kita adalah di atas ketentuanNya…"
Kemudian,Fikiranku teringat juga tentang result dia selalu jer gempak and siap dapat 3 offer university lagi…PMC,IUMC,Manchester….
Lepas tu aku bagaikan dikejutkan dari satu khayalan yang lama…seperti tersedar dari lamunan dan mainan duniawi yang cukup panjang…..lidah aku terkedu….hatiku sebak sesebak-sebaknya….mengenangkan dosa2 lalu yang telah aku lakukan yang tak terhitung banyaknya….
"Ya Allah besarnya dosaku tak dapat ku tanggung semuanya, Ya Allah…"
Lantas aku meminta diri untuk pergi dan meninggalkan Abg Azri yang nampaknya lebih berminat untuk bercerita tentang nasyid dengan kumpulan Munawwar(Kumpulan Nasyid Kolej) di situ daripada melayan persoalan-persoalan aku….Aku bingkas bangun dan mencari satu sudut di tepi surau dan kemudiannya aku menangis, menangis dan menangis semahu-mahunya….aku pegang Al-Quran yang telah lama ku tinggalkan, ku tekap rapat-rapat pada dadaku, kukucup Kalimah Allah itu dan kugenggam ia sekuat-kuatnya….dalam kesyahduan dan keesakan tangis hibaku, aku buka mata, kulap tangis mataku dengan lengan tangan…Ku buka satu persatu mukjizat terbesar nabi junjungan itu untuk mencari rakan-rakan lamaku a.k.a surah-surah kegemaranku….Ku cari lembaran 531,Surah Ar-Rahman…..Ya Allah begitu sedap sekali didengar dan membaca kembali ayat2 Mu ini Ya Allah…Ku teruskan bacaan Surah Al-Waqiah(Surah hafalan bibirku dahulu)…..Ku baca dengan sepenuh hati….Ya Allah, sungguh sempurna sekali ayatMu ini, Ya Allah…begitu tenang dan khusuk sekali aku membaca kalamullah itu….Dan selepas itu aku tertidur di situ….
Dalam tidurku….AKu bermimpi, yang ku berada di tengah2 lautan luas, airnya deras,kuat dan laju menghempas tubuhku yang kerdil ini…Aku berenang mencari daratan….Ku renang ke hadapan, belakang, dan hampir semua arah….Tapi aku tidak terjumpa pun tanda2 daratan di kejauhan… kepala ku terasa semakin pening dan berat sekali kerna terlampau banyak tertelan air masin,agaknya….ku rasa ku takkan mampu lagi tuk melawan pukulan ombak sebesar ini…ku biarkan badanku hanyut,dibawa arus, tenggelam dan karam….aku lemas….
Dapat kurasakan dengan jelas bagaimana badanku tenggelam menghala ke perut lautan yang bergelora itu, bunyi pukulan ganas sang ombak juga masih terngiang-ngiang di telinga, aku tidak lagi bernafas, dadaku rasa pedih dan sakit…jantungku tidak lagi berdegup….aku tahu….aku sudah tidak punyai nafas dan nyawa lagi….Aku akur dengan waktu ajalku yang pasti….
Tiba-tiba dalam kesakitan menahan tekanan dari dalam dada sepeti hendak meletup…kurasakan satu pancaran cahaya dari atas tepat menuju ke arahku….cahaya itu sangat2 cerah….Dapat kurasakan bagaimana hangatnya kulitku disimbahi dan dimamamh oleh cahaya yang begitu cerah dan terang itu….badanku terasa diberi suatu ketenangan yang menusup-nusup masuk dari ubun-ubunku…seperti ada suatu tiupan angin yang meniup pangkal ubunku lembut-lembut…..
Dan dalam sayup-sayup kudengar laungan azan berkumandang….
"Seperti biasa ku dengar azan ini,"getus hati kecilku
…Aku tahu walaupun aku tidak bernafas, tapi aku rasa ok….tak sakit dan tak pedih lagi pada waktu itu….lalu, tubuhku terasa ditarik ke atas, ke permukaan laut untuk kembali rapat kepada punca cahaya itu….Tiba-tiba ku rasakan ada satu tangan yang menyentuh tubuhku dengan lembut dan menggoncangkan tubuhku perlahan-lahan…Kemudian……
"Bang, bang….bangun….orang da nak start solat asar da ni….,"badan aku digerakkkan oleh seorang junior first year yang biasa ku lihat wajahnya berjalan ke surau…Astraghfirullahalazimm….mengucap panjang aku…Bermimpi rupanaya…Aku bingkas bangun, mengambil air sembahyang dan menyertai saf jemaah hadapan solat asar pada hari itu….Selepas bersalam-salaman….rakanku, Wafi bangun dan mengajak sahabat-sahabat yang lain yang mempunyai kelapangan masa untuk tunggu sebentar mendengar sedikit tazkirah pada petang itu….Aku segera menyertai kawanan manusia di kelompok itu sambil fikiranku melayang jauh terawang-awang….memikirkan akan maksud mimpiku sebentar tadi….Yang benar2 mengganggu benak fikiranku…..Ku dapat rasakan yang ketenangan itu bertambah-tambah dalam dadaku……Ku lantas bersalam dengan sahabat-sahabat di sekeliling dan bangun menuju ke bilik dalam keadaan yang penuh rasa keinsafan dan kehinaan seorang hamba….
Malam itu, aku tak study langsung….aku habiskan masa sepanjang malam tuk merenung ke dinding…memikirkan akan masa depanku, dosa silamku, keangkuhanku kepada Tuhan, rakan2ku yang sudah menghilang, buku-bukuku yang banyak yang menjadi perhiasan almari buku….
Ku renung dan fikir semuanya jauh-jauh dan dalam-dalam….Kenapalah aku dipilih untuk hidup di atas muka bumi ini…Ya Allah….
Musim interview dah tiba….aku dapat interview PMC yang sememangnya dari dulu lagi aku inginkan….hatiku melonjak-lonjak girang….setiap hari, akan ku pastikan aku spend masa lebih kurang 15minit untuk baca bahan2 interview….Sampai Harinya, aku berdoa dengan Allah agar ditenangkan hati dan dipermudahkan urusan untuk menjawab segala soalan dengan tenang dan yakin….Alhamdulillah, setiap soalan yang ditanya hampir 85% menepati jangkaan aku dan aku jawab segalanya dengan penuh berhemah dan tersusun…Sampai Dr.Jack Lambert cakap camni kat aku..
"Mm, ok….i don’t have anymore question to ask u…your answers has satisfied my expectation…so, before u go, do you have any question to ask anyone of us?"
Pastu aper lagi, aku pun bantai tanya pasal Patient Based Learning(PBL) yang University College Dublin(UCD) implement kat diorang nyer Uni, aku puji cakap yang PBL UCD adalah yang terbaik di dunia…mendapat ramai pengiktirafan dan pujian University laen kat dunia and aku kluar ar fakta2 yang aku baca…
Dia pun cam impress giler dengan pengetahuan aku, pastu dia criter ar pasal PBL sampai 10minit…pastu dia salam ngan aku…and aku pun hulur tangan tuk salam ngan Prof.Dr.Amir(the other interviewer)….Tunggu punya tunggu…result PMC pun kluar….aku dah dapat rasakan 180% da aku dapt conditional offer…
Unfortunately, aku tak dapat….aku just diletakkan di bawah waiting list jer….Bilangan yang dapt pun dah dikuarangkan kpd separuh…yang separuh lagi dapat waiting list….aku tergamam dengan apa yang aku lihat….aku rasa nak nanges…
" Ya Allah, apa yang aku nak beriatahu family aku nie…mampos ar aku…takkan pergi India kot?"
…To add to my grievance, Pn Sharifah(Placement Manager), cakap yang dia pun tak sure whether waiting list ni akan dapat offer ke tak…dia cakap Mr Damien(Manager RCSI M’sia) will try his best tuk dapatkan conditional offer tuk kitorang…
Sejak dari hari tue, hari2 aku berdoa…aku solat hajat…baca Quran mintak dengan Allah supaya diberi placement untuk aku dan rakan2 yang lain….Walaupun aku tahu, yang chances tuk aku dapat dah makin tipis…dan mungkin tak dapat langsung…aku masih lagi meletakkan keyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa atas sesuatu….
Nak dipendekkan cerita, satu hari lepas IRP, aku nak pergi lunch and ‘tapau’ makanan utk ee dan nabil cos masa tu dia berpuasa….tiba2 Syukur, bagitahu aku yang nama aku beserta 4 rakan yang lain dah dikeluarkan dari waiting list…Pn.Sharifah nak jumpa sekarang….Urgent!!
Ya Allah…..kenapa jadi sampai macam ni sekali.….elok2 dapat 50% chances dah tak dapat langsung….cos, before this aku ade dengar desas-desus yang mengatakan bahawa hanya sebilangan orang sahaja dari waiting list yang akan dipilih semula…manakala yang lain, akan disingkirkan….
Erm, aku letak makanan yang aku pegang dan terus menuju ke bilik Pn.Sharifah…ku lihat saudara Bulu tengah cuak macam nak nanges tunggu kat luar pintu Pn.Sharifah…
"Bulu, masuk jom?" tanya aku ringkas..
"wei, taknak ar….buatnyer kita kena buang…tak semangat langsung nak pergi irp petang ni…."Bulu jawab dengan perasaan yang bercampur-baur…
Dengan Lafaz Bismillah, aku kumpul tenaga tuk beranikan diri melangkah masuk…Aku ketuk pintu Pn.Sharifah…
Tok…Tokk…Tok…
"Erm, excuse me teacher…is it true that u call us to meet you today…Erm, may i know, actually..err..it is regarding to what matter (ceh, bwat2 macam innocent and tak tahu…padahal semua orang tahu, kalau masuk bilik Pn.Sharifah mesti ar pasal placement)….
"ha, ni pun dia budak yang selalu tanya pasal placement tu….congratulations, u guys just receive the firm conditional offer letter…"kata Pn.Sharifah separuh serious and separuh maen-maen…
Aku tengok atas meja, ader 5 offer letter…And nama aku atas sekali…aku pegang offer letter tu…ku baca nama yang tertera di atasnya…
"MOHD….AMAL..LUDDIN…RAZALI…
WE ARE PROUD TO ANNOUCE THAT YOU HAVE BEEN OFFERED A PROVISIONAL PLACE IN OUR UNIVERSITY(University College Dublin, Ireland) COMMENCING THIS SEPTEMBER"..bla…bla…bla…
"Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!"
Aku bersorak kegembiraan…dalm perasaan yang bercampur suka, sedih, sebak, pilu dan ceria itu, aku lafazkan ucapan "Alhamdulillah…" tanda syukurku terhadap kekuasaan Allah…cos, yelah dalam 15orang yang ader dalam waiting list tu hanya 5 orang jer yang dapat…and dalam 5 orang tu nama aku berada atas sekali….Aku sangat2 bersyukur kepada Rahmat yang Allah turunkan kepada aku…Allah itu Maha Mendengar…Setelah memberitahu wani,ibu, ayah dan kesemua ahli keluargaku yang lain…malam itu kuhabiskan dengan membaca Al-Quran, berzikir dan bertasbih memuji kebesaran kekuasaan Tuhan semesta alam…malam itu aku menangis lagi…aku malu kepada Allah kerana walupun diri ini seringkali melupakanmu, Ya Allah…tetapi kau tidak pernah sedikitpun melupakan hambaMu….Bulan dan bintang pada malam itu menjadi saksi kepada pembentukan keyakinanku kembali kepada kekuasaan dan kebesaran Allah, keimanan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya dan kembali menyuburkan ketaqwaan terhadap Allah serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar…sejak malam itu aku yakin dengan kata2 seorang sahabatku yang mengingatkan bahawa SETIAP YANG BERLAKU ITU, PASTI ADA HIKMAHNYA dan JIKA ALLAH TIDAK TUNAIKAN APA YANG KITA MINTA, PASTI ALLAH ADA RANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA….dan aku yakin kepadaMu Ya Allah kekuasaanMu, kebesaranMu, sifat kasihMu, sifat penyayangMu menjangkaui batasan sifat2 makhlukMU….dan aku tunduk malu dan terhina dengan penuh rasa keinsafan dan ketawadukkan seorang hamba…Pada malam itu aku tertidur dan menangis di atas tikar sejadahku sehinggalah subuh menjelang………………
Jadi, Pada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah hidup saya ini, suka untuk saya ingatkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA untuk menerima hidayah dan rahmatnya….ada seorang rakan yang agak rapat dengan saya pernah memberitahu bahawa, dia tidak pernah bersembahayang dari sekolah rendah sampai arr dia masuk SBP masa form 4, tapi sekarang…keimanannya YA ALLAH,,, cukup hebat dan ibadahnya MasyaAllah cukup istiqamah dan kuat sekali berbanding saya…dia pun punya cerita tersendiri di sebalik keimanan yang dia perolehi sekarang tetapi demi menjaga rahsia rakan, eloklah kiranya saya simpan sebagai cerita peribadi….Jadi, marilah sama2 kita mencari keredhaan dan keberkatan Allah di muka bumi ini, bagi membuat persiapan di akhirat kelak….Ingatlah, sahabat2….JIKA KITA KEJAR DUNIA, NESCAYA APA YANG KITA DAPAT HANYA DUNIA manakala JIKALAU KITA KEJAR AKHIRAT, NESCAYA ALLAH BERIKAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT SEKALI….MasyaAllah, begitu sekali pemurahnya Allah yang Maha Esa……sebenarnya cerita ini bersambung kepada Bahagian kedua yang lagi jelas ceritanya tentang bagaimana Allah menolong permudahkan dan berikan kepada saya yang terbaik untuk disenangkan urusan saya di muka bumi ini….Satu lagi, bagi menjawab persoalan2 yang dilontarkan di atas…saya rasa Umat Islam ditindas di Palestin dan di tempat2 lain adalah mungkin kerana Allah nak berikan petunjuk kepada kita…bahawa kalau kita tak bersatu dan kumpul tenaga melawan golongan musyrikin, kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti, mereka2 yang berada di Palestin…Yang kedua, memanglah Semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi…tetapi, segala yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu Qada’ dan Qadar…Qadar adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan ianya adalah pasti seperti ajal maut dan jodoh….Manakala, Qada’ pula adalah sesuatu yang telah ditetapkan tetapi bergantung kepada tindakan makhluk itu sendiri…Katakan, kita pilih Jalan A, kita pasti akan beroleh sesuatu yang lain berbanding dengan kalau kita pilih jalan B…tetapi, apa yang akan berlaku dalam jalan A dan B itu adalah pasti dan telah ditetapkan jua…Jadi, ianya terletak di atas kebijaksanaan akal dan pertimbangan iman setiap makhluk…dan akhir sekali, bout Yahudi tu….hikmah kita dijadikan kurang cerdiknya dari bangsa Yahudi adalah kerana jikalau umat islam, senang-senang sahaja diciptakan pandai dan bijaksana dari bangsa Yahudi…tentulah makin ramai umat islam yang kufur dan bongkak serta lupa diri…Kita tidak akan merasakan susah untuk melawan Bangsa Yahudi, dan harus diingat; tanpa kesusahan, keperitan dan kepayahan…kita tak mungkin berjaya berjuang membentuk satu ikatan dan pakatan persaudaraan yang kukuh dan bersama bersatu menegmbeling tenaga, usaha dan kepakaran bagi menentang musuh islam itu..jadi, itulah hikmahnya kita ditakdirkan dijadikan sebegini rupa…Maka, Bersyukurlah atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan oleh Maha Pencipta kepada kita dan janganlah sesekali meragui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T Sekian, akhir kalam….
"AllahuAkbar…AllahuAkbar…AllahuAkbar…Walillalilhamd…"
4FEB 1988-4 FEB 2008 : Satu Perjalanan yang Panjang..
February 6th, 2008 by amaluddinrazaliDup…Dap…Dup…Dap…
…jam di tangan menunjukkan pukul 11.52pm…mm, 7 minit lagi aku da takkan jadi Amal yang dulu…aku tidak lagi seorang budak remaja yang giler-giler…suka kacau-kacau orang…kacau budak perempuan kelas aku(terutamanya dila)…aku nak jadi MATANG…AKU DAH BESAR….AKU NAK JADI DOCTOR….
…hahahaa…..dulu, ingat lagi ramai yang gelakkan aku bila aku cakap aku nak jadi doktor..
" doktor??? doktor haiwan boleh lah…"- ejekan sinis dari akak yang keje kat guardian Giant Klang….
" kau jangan memaen mal, muka kau boleh ke nak jadi doktor???"-seorang member yang bekerja di 7-eleven melontarkan kerisauan..
"woi, doktor giler…da berapa orang da kau bunuh??"-seorang rakan yang kini masih lagi mengambil spm nyer bwat kali yang ke-2
"amal ambil doktor gigi jerlah ok? kerja senang…gaji sama banyak dengan doktor biasa…belajar tak susah..kawan2 abah ramai yang tak lepas jadi doktor…"-kata2 abah satu ketika dahulu yang amat risau untuk membenarkan aku mengambil risiko yang paling besar dalam hidupku….
.………Ok…………Ok………………OK…aku tahu nak jadi doktor susah …….so what??
..can u give me 1 concrete reason why i can’t become a doctor, when my heart says i can……….WHY…WHY…WHY…………….YY???
Mm, da nak dekat 20 tahun pun aku idup(20 years 3 days to be exact)…da besar pun…da tak remaja lagi da…da masuk alam dewasa…am i ready to grow up??? until now my brain still busy to figure out the best answer to that question…ok, i’m not ready….but, only one thing that i know…i want to become a doctor…AND IN FACT, i am extremely ready to be a great doctor…and i think, somehow or rather the readiness of me to become a doctor satisfies the question whether i am ready to grow older and to take the bigger responsibility? Bigger responsibility?? yup…i am no longer playing with toys, digimon, dragonball, starwars, hot wheel cars, diablo 2, pro evolution soccer 5, fable, or even paintball…from now on, i will be playing with human’s life…i can’t afford to make any mistake, because unlike in study; when u make mistake, your teacher will scold you and ask u to do the correction for 20 times but in the medical world, once u make mistake; people die…as simple as it is…and i can’t afford to lose any human soul in my hand…
Back to the real story…wa, takut tu nak masuk 20 tahun(apparently da masuk pun)……..masuk hari ni da nak dekat seminggu aku tak tidur malam cos nak siapkan ee aku(business and management yang menyeksakan) dan tok essay aku(Question 4)…Internal Assignment yang lain2 semuanya da submit dan da siap…world literature, maths portfolio, IA business, IOP, IOC, Individual oral, Group 4 project, Lab reports yang nak dekat 8 guni da aku bwat smuanya da siap dan da submit pon…YAHOO!!! 4 february 2008 adalah tarikh keramat bagi diri aku cos apart of being 20, but I also manage to fulfill my promise to finish everything before i became 20 and wanna crank myself to the fifth gear in order to meet the REAL IB EXAM in which just approximately 3 monts to go…huish, lega rasa hati bila da bley mula study tuk exam…
Da masuk 20 ni kan, kita akan teringat balik zaman2 kanak dan remaja yang meninggalkan memori pahit-manis suka duka kita sepanjang kita bernafas kat dunia ni selama 20 tahun yang lalu…and as far as i still remember…nilah memori pahit-manis aku bergelar manusia yang bernama Mohd Amaluddin bin Razali kat dunia ni…tapi disebabkan memori aku terlampau banyak untuk aku tulis…so aku juz sempat tulis untuk sekolah rendah jer dulu…sekolah menengah kang, to be continued k?… enjoy..:
1988- aku tak ingat sangat cos masa tu aku baru setahun, yang aku tahu aku lahir pukul 1.57pm, kat Hospital tengku Ampuan Afzan pahang…mak kata aku lahir pelik sikit…aku lahir dalam karung(amniotic sac)…cos, masa aku lahir tu amniotic sac aku still tak pecah…hahha, stylo kan…mak cakap aku macam dilahirkan dengan guardian yang bakal melindungi aku sepanjang hidup aku(macam betul jer mak cakap)….doctor yang sambut delivery aku seorang india yang juga bernama Dr.Amal(Dr. Palaniamal sebenarnya)…..disebabkan delivery yang paling rare sekali dalam hidup dia as a doctor dia terus mengambil aku jadi anak angkat dia…huhu, comel jerq aku…
1989-lost memory
1990-lost memory
1991-lost memory
1992-aku da bepindah kat sungai rokam ipoh,perak…masa tu aku masuk tadika kemas…abah masukkan aku kat tadika sebab abah tak tahan tengok aku berebut buku teks abang aku cos aku nak belajar(serious)….aku masuk tadika sebagai orang yang paling muda sekali kat tadika kemas sungai rokam…tapi masa akhir tahun,aku jadi pelajar cemerlang keseluruhan(tempat ketiga terbaik)…dapatlah mak ngan abah naik stage masa graduation day…aku pun still ingat aku bwat persembahan pom-pom(alar macam pom-pom girl tu…tapi yang ni unisex punyer)…aku rasa macam pondan jer masa tu…da ar pakai tights…
1993- abah anta aku kat taski belajar agama…masa tu aku suka tengok cerita tok perak dan roda2 kuala lumpur…dari kecik lagi aku nak jadi orang yang pakai uniform…pilot ker, polis ker…..alhamdulillah, masa persembahan akhir tahun graduation day, aku diberi watak seorang pegawai polis yang interfere selama tak sampai pun 2 minit..tapi takpe ar, yang penting dapat pakai baju polis…aku nangis masa tu sebab abang rosakkan tempat simpan pistol yang abah bwatkan tuk aku…pastu dia taknak ngaku…najis betul abang iman…masa tu aku ader menaruh hati kat seorang budak namanya Qatrrunnadha(wani jangan marah ek?kisah lama jer..)…tak tahu ar dia minat kat aku ker tak…tapi yang penting dia suke sembang ngan aku..heheh…tapi yang tak best nyer pulak ader seorang budak giler pulak minat kat aku, nama dia siti noraini…da ar, pegi taman menan pakai sluar dalm jer…pastu jerit nama aku kuat2…bwat malu kaum perempuan jer…da ar underweir dia ade butterfly…geli mart betul aku tengok…disebabkan peristiwa tu, aku telah mendeprive kan diri dari menjenguk taman menan selama seminggu…cis, najis muhallazah betul siti noraini yang mereng itu…
1994-aku masuk darjah satu kat sekolah menengah sungai rokam….aku tak nangis pergi sekolah….in fact, aku yang membwatkan kawan2 nangis kat sekolah…aku kenal kwan nama zack, intan, siti, ahmad, raja omar and macam2 lagi…disebabkan aku tak nangis masa first day…cikgu azimah lantik aku jadi ketua kelas1 mawar….aku masih ingat tentang kehadiran dua orang kembar; syazwani dan syazwana…dua2 minat kat aku…tapi masa tu aku minat kat sorang perempuan yang namanya siti sarah…anak kelahiran australia and melayu…mata dia wana biru…serious…tapi dia ni suka gelak macam nak mati even aku tak sempat pun bwat lawak lagi…dia ar orang pertama yang kata aku kelakar…haha, seronok dengar orang puji camtu…aku masih ingat lagi tentang seorang budak nama Nash yang berkepala botak dan kaya giler…dia selalu bribe aku dengan duit seringgit asalkan aku tak tulis nama dia time cikgu takde…tapi aku pandai, aku ambil duit dia, tapi last2 aku tulis gak nama dia, sebab dia bising sangat kat kelas…..pengawas semuanya sporting and aku adalah antara jambu prefect cos aku ketua kelas…haha…akhir tahun, adik aku lahir kat dunia…nama dia azimuddin…dialah baby yang paling comel sekali kat dunia ni…aku rasa terharu cos aku ingat aku jer yang bongsu tapi akhirnya aku jadi gak abang(thanx to my parent)….aku janji ngan mak,"mak, amal akan jaga azim baik2"…poyo giler aku ngan abang aku masa tu…masa azim kak kuar dari kereta ke rumah…kitorang tutup muka dia ngan tangan, taknak bagi kulit dia kena cahaya matahari sebab dia baby lagi…aku sangat sayang pada adik aku sejak aritu…
1995-abang kelas pagi, aku kelas petang…masa abang balik sekolah, aku mesti jumpa abang dulu cos kelas abang kelas 5 matahari juz sebelah kelas aku jer…abang selalu protect aku….dia selalu tanya aku kalaw2 ade orang yang buli aku arini…aku selalu cakap takde…walaupun sebenarnya ader orang yang buli aku sampai aku nangis(banyaknyer nanges)….tapi aku prefer lawan sendiri(serious)..memang masa kecik lagi, innate behaviour aku is aku tak suka mengharapkan bentuan orang lain bwat benda untuk aku, if benda tu aku bley handle sendiri…tapi, ade satu masa when aku kena buli tu, abang ternampak, and belasah budak tu sampai nanges…aku rase bersalah giler even aku suka…ntah…tapi abang memang protective over aku sampai sekarang…aku masih ingat masa aku tersalah pilih kawan….nama dia ahmad…dia suka bercakap2 pasal polis sebab dia kata ayah dia polis…dia selalu takut2kan aku tentang klaw ader orang buli dia, ayah dia datang and tembak orang tu…aku ingat dia memaen…aku pulak selalu cakap kat dia yang mak aku pun polis…"kalaw setakat nak tembak orang dengan machine gun tu da biase sangat"..pastu esoknyer, ayah dia betul2 datang…cilanat betul dia tu, ayah dia memang inspector polis siyot!!!!…dia ngan muka bangga senyum cibai kat aku…selamat ar masa tu cikgu azimah yang handle bapak dia, aku terselamat….huish, babi btol kau ahmad….aku masih ingat lagi sorang budak yang berdarah belanda-bugis yang bernama arif yang pandai giler kat dalam kelas aku…dia pandai speaking omputih siot…masa tu vocab english aku baru jer sampai,‘‘ WHERE DO YOU LIVE? I LIVE IN SUNGAI ROKAM PERAK"…betol…satu hari tu dia ajak aku gi toilet cos dia nak berak…aku sebagai ketua kelas pergi ar teman dia…tapi cilanat najis cipan tenuk tapir sungai betol si budak arif ni, rupenyer dia da berak dalam seluar…da ar, dia terkencing kat kasut aku….selama seminggu aku tersiksa kehancingan memakai kasut hancing…najis cimpanzee betol dia tu…tapi setelah peristiwa tu, aku manyimpan dendam kesumat untuk membalas dendam kat arif…setelah 18 kali cubaan mengajaknyer ke tandas, akhirnya dia akur…and msa nak membuang air kecil tu, aku terus lock target, spray abes kat kasut dia+seluar dia+baju dia+tengkuk dia+muka dia sket.
….hahahahahahahahah...padan muka kau arif…rasakan keperitan aku hidup dalam kehancingan air kencing kau selama 7 hari…pastu, dia nanges panggil mak dia…aku takot, aku suruh abang aku back-up….disebabkan dalam gene kitorang memang da termaktub gene that already code for the ability to talk confidently and persuasively like my father….mak dia cair ngan kata2 abang aku…abang iman, u save my day man…pastu aku belanja abang aku makan kacang bungkus 20 sen….tapi kegembiraan aku tak lama, masuk bulan 6, aku pindah sekolah cos ayah aku dapat promote ke PJ and mak aku dapat ke airport subang…so, ayah aku decide nak beli rumah kat klang…
1996- da nak dekat seminggu aku tak sekolah cos abah sibuk uruskan perpindahan kitorang….aku masuk sekolah yang paling terkenal kat klang; SK(1) Simpang lima klang selangor…aku ingat lagi lagu sekolah dia yang aku nyanyi tiap2 pagi isnin:
"Kamilah pelajar SK satu Simpang lima klang selangor..
Belajar dengan tekun selalu dengan hati yang luhur…"
…kat sekolah ni majority chinese and indian….budak melayu bleh bilang ngan jari jerlah….so, kalaw kita terjumpa budak melayu kat sini, tak kira lah darjah berapa, laki ker perempuan semuanya kita anggap kawan yang kita boleh trust….aku masa tu malas nak belaja cos sepupu aku pun sekolah kat situ and eventually dia pun malas belajar….so, kitorang pergi sekolah juz sekadar nak maen2 jer….nama cikgu aku masa tu Cikgu Murni…dia mengajar hampir semua subject except pendidikan islam dan bi….dia sangat garang…..aku takut giler ngan cikgu tu…so, aku macam selalu ar bwat homework supaya tak kena pelempang dengan cikgu tu….act, masa aku datang kat sekolah tu time puasa….cikgu tu siap warning lagi kat dalam kelas camni,"selamat ar saya puasa hari ni, kalaw tak da lumat saya kerjakan awak semua"…………….argghhhhh!!!!!!!!!! takutnyer sekolah ni…."
Sekolah ni ramai orang kaya2…kaya sangat2 sangat sangat…..gaji bapa diorang paling kurang RM 50000….masa tu kantin terbahagi kepada dua tau….kantin melayu dan kantin cina….kantin melayu rasa cam sial….da dua kali aku makan mi sup yang ada lalat kat dalam dia…selamat ar antibodi aku kuat….kalaw tak mesti aku da terlantar kesakitan kat hospital….so, because of that reason lah, aku suka sangat makan kat kantin cina….siyot, makanan dia best2 wa cakap lu….aku tak tahu ar dia letak babi ker, anjing ker, aku tak kisah yang penting mi kari dia memang akan masuk kat dalam perut aku and kawan2 aku setiap waktu rehat….even, bulan puasa sekalipun….yang lawak nyer, setiap kali makan mi kari tu kitorang akan buang fish ball dia cos kitorang anggap fish ball dia ar yang diperbuat dari babi and membuatkan makanan tu tak halal….lepas buang fish ball tu secara automatiknyer fish ball tu telah confirm halal dan kitorang menikmati mi kari tu dengan begitu selera dan berhati-hati agar kuah kari tu tidak tepercik pada baju sekolah kami dan meninggalkan kesan yang sukar ditanggalkan sehingga mebuatkan parent kitorang suspicious…act, makan tanpa meninggalkan kesan tu memang penting cos nanti abang-abang kitorang takley detect yang kitorang tak puasa….tapi ade gak aritu aku gaduh ngan sepupu aku…dia kata kat aku"tengok ar mal, nanti aku kenakan kau"…
..aku takde ar cuak sangat cos aku tak tahu ape yang dia nak buat…rupenyer time rehat dia panggil abang aku dan dia ambush aku masa aku tengah makan mi kari cina tu….apela bodosnyer budak ni…kau da ar partner-in-crime sekali….tadi baru jer makan mi kari ngan aku, pastu kantoikan aku plak…abes arr aku…memang mampos ar aku kali ni….dan begitu juga ngan dia….selama 3 hari aku kena tidor kat luar rumah cos mak aku nak ajar aku mengenal erti berpuasa….sejuk siot….tapi aku pandai…aku tidor kat dalam kereta….selesa ar jugak walaupun nyamuk banyak….
1998- disebabkan perangai aku yang makin teruk dan result aku yang agak membimbangkan seisi keluarga, abah tukarkan aku kat sekolah kebangsaan Pandamaran Jaya….sekolah melayu kat depan rumah aku ni….disebabkan title aku sebagai bekas pelajar sekolah simpang lima klang, aku dimasukkan ke kelas pertama sekolah tu; Kelas 4 Wawasan…kelas tu 60% semuanya prefect….memang muka2 diorang aku da kenal cos aku sekolah agama sekali ngan diorang…aku jadi famous ar kejap selama seminggu dua minggu tu…awek2 kelas tu semuanya cun2 and kalaw aku dibenarkan untuk pilih sorang awek kat kelas tu; aku pilih semua…kecuali beberapa orang budak perempuan yang bersaiz dua kali ganda dari badan aku….kat sekolah tu, banyak homework….hari2 mesti menimbun dengan latihan, homework dan karangan…masa tu, aku mula berjinak-jinak dalam bahas…aku terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan pidato piala diraja daerah klang…waktu tu jugak aku ditawarkan masuk ke dalam geng debate sekolah-geng yang paling gempak skali kat sekolah yang dianggotai oleh pelajar2 perempuan yang comel2 darjah 6….malu2 jer masa aku nak masuk team debate tu…tapi ntah, maybe aku macam ade talent kot…aku terpilih menjadi di antara 3 pembahas utama sekolah…masa tu, populariti aku macam melonjak2 naik…siap ramai orang minat kat aku(ianya hanya tinggal sejarah)…
1999- aku da jadi pengawas perpustakaan…rasa cam best sangat…aku dapat tawaran jadi pengawas tapi aku taknak cos aku suka lepak kat library baca buku and susun buku…aku masuk debate lagi+bercerita kisah nabi+syarahan agama and banyak lagi…aku tak gempak sangat dalam sukan…bola?? = kaki bangku arr pada waktu tu…masa tu kitorang dapat cikgu sains a.k.a cikgu kelas yang sangat garang…namanaya Puan Aisyah bin Ismail….kitorang ejek ‘ecah mael’……dia suka pukul budak+marah budak daripada MENGAJAR..aku kesal sangat dengan sikap cikgu tu cos aku minat bangat ngan sains inih…aku mintak mak tuk pergi tuition, tapi mak kata banyak nak guna duit sekarang, darjah 6 nanti mak bagi pergi tuition…aku citer masalah aku kat abang Iman…dia beri aku satu buku sains yang best the bebest giler di alam semesta cos buku tu banyak gambar and explaination yang mudah dipahami….masa tu minat aku dalam sains started to grow exponentially….aku score dalam setiap exam sampai ecah mael terperanjat giler dengan keputusan aku….segala soalan dia kat dalam kelas aku jawab ngan confident…dia da tak boleh panggil kitorang bodoh lagi….member-member sumer mengucapkan trima kasih kat aku cos aku da menyelamatkan kelas daripada kena rotan…nak dijadikan citer, one day dia suruh aku tunggu lepas class….dia tanya aku tuition kat mane? aku cakap, aku tak tuition kat mane2 pun…dia tanya macammaner aku boleh jawab soalan2 yang dia tanya even dia tak ajar pun kat kitorang-memang dia malas mengajar pun-…..Aku cakap aku belajar dari buku…dia mintak buku tu, aku bagi…dia belek2, pastu dia warn aku…." JANGAN BAWA BUKU NI LAGI KAT SEKOLAH!! KALAU NAK BACA, BACA KAT RUMAH…JANGAN BAWA KAT SEKOLAH…KALAU TIDAK SAYA RAMPAS!!! "….AKU TERKEJUT +SEDEY DENGAN TINDAKAN CIKGU TU…aku bagitahu kawan2 satu class bout that incident and sejak hari tu kitorang melancarkan jihad dan ikrar untuk memboikot class ecah mael….keesokannya harinya kitorang tak pergi kelas dia, adalah beberapa budak perempuan yang cuak pergi gak…dia mengamuk giler….dia datang kat class dia rotan sumer orang….dia panggil cikgu disiplin suruh pukul kitorang…kitorang kena lempang and rotan+disuruh berdiri di tengah panas sebagai hukuman…tetapi benda ti tak melunturkan semangat aku dan kawan-kawan yang seangkatan…sebagai ketua kumpulan menentang, aku terus pergi jumpa seorang cikgu sains perempuan kelas lain dan memberitahu perkara tersebut…fortunately, dia laporkan perkara ni kepada guru besar dan akhirnya kitorang dapat tukar cikgu…sejak hari tu aku dilantik sebagai ketu tak rasmi pelajar2 waktu tue and pengaruh aku start growing….
2000- tahun ni UPSR…..aku target 4a1b jer, cos kat skola tu nak dapat 5A macam impossible sangat….kalaw dapat 4A pun, kenduri satu taman and tumbang lembu 30 ekor….masa ni aku ader banyak sangat jawatan….aku jadi Ketua Pustakawan…Pengerusi Pengakap(masa tu pengakap ader ramai giler ahli dia, stylo siyot)….aku jadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu….Ketua Pembahas Utama….masa tu aku rasa, aku grand sangat(takbur siyot) cos, klaw ader sebarang pertandingan sajak, syair,puisi,bahas,syarahan peringkat sekolah semua aku sapu habis licin tempat pertama….aku ditawarkan jawatan pengawas…aku nak, tapi sayang nak tinggalkan Ketua Pustakawan…moreover, Cikgu Faridah dan Cikgu Farilah(Cikgu Pustakawan) pun mintak aku terus pimpin pustakawan cos dengan adanya aku, Badan Pustakawan nampak kuat(kata mereka)…lalu aku pun cair dengan pujukan cikgu tu and aku stay….masa ni aku dapat pergi tuition…Yahoo!!! Best siyot !!! aku suka sangat pergi tuition cos aku dapat belajar banyak benda yang aku tak dapat kat sekolah….semua understanding aku dalm semua subjek da makin mantap…cuma maths jer yang under prepared….and nak dipendekkan criter, masa nak UPSR tu, aku study giler2..akhirnya result pun keluar, ok lar dapat 4A1B….aku suka sangat….aku call mak aku…mak aku terus datang sekolah peluk aku….aku rasa cam terharu sangat….nak nanges….tapi aku sedey cos maths aku dapat B…Cikgu Iskandar=cikgu maths aku,, selalu sangat nyumpah2 aku….cakap aku bodoh arr, otak kambing, banyak makan tempoyak arr, bodoh sombong arr..dia benci sangat ngan aku…and pada waktu tu dia datang jumpa aku cakap
"U ARE NOT MY STUDENT, COS U NEVER CONCENTRATE AND SCORE WELL IN MY CLASS"…aku rasa sedey sangat and terhina sangat…hina sangat ker aku ni???
…aku study giLer2 and masa PMIR aku dapat 8A pastu dapat offer MCKK plak tu…Aku balik sekolah balik…cari cikgu iskandar…aku da hampir tak kenal dia cos badan dia da gemuk macam tong minyak petroleum+gas asli petronas….aku beritahu kat dia yang aku dapat 8A…dia hulur tangan and kata " alrihgt, this is MY STUDENT"…aku salam gak tangan dia, malas2….pastu aku ungkit balik pasal benda yang dia cakap kat aku masa result UPSR kuar 3 tahun lepas…dia kata dia dah tak ingat, pastu aku tolong ingatkan dia….dia kata dia memaen jer masa tu…tapi aku tak rasa dia memaen pun waktu tue, i know that he damn meant it every single words that he said…so, aku cakap,
" Cikgu, saya tak anggap ianya sebagai satu gurauan….saya tahu siapa saya…saya bodoh….budak pandamaran…semua budak kampung….budak miskin…hina…jijik di pandangan mata cikgu,tapi itu tak bermaksud yang maruah kami boleh dipijak dan disepak begitu sahaja….saya boleh maafkan cikgu…tapi, dengan satu nasihat-Tolonglah anggap pelajar2 sekolah yang datang belajar kat sini macam anak2 cikgu sendiri…kani tahu kami orang sederhana or even ramai dari kami orang yang agak susah…sebab itu kami datang sini untuk belajar, cari ilmu untuk ubah nasib keluarga kami dan kami amat2 perlukan bantuan dan sokongan serta ilmu dari semua cikgu2 kat sini untuk kami capai semua impian kami…Janganlah pilih2 kasih untuk mengajar dan anggaplah setiap airliur yang cikgu keluarkan itu merupakan satu pahala yang akan dibalas syurga kat akhirat nanti"
…..dia terduduk bila aku cakap macam tu…aku terus bagi salam dan meninggalkan perkarangan S.K Pandamaran Jaya tanpa menoleh-noleh kebelakang lagi… KU pandang terus ke hadapan…ku tahu perjalanan masih jauh…ku dongak ke langit….ku nampak mentari memayungi bumi indah alam ciptaan tuhan….ku genggamkan tangan ku bulatkan tekad ku sisispkan semangat….selagi ku masih bernafas selagi jantungku deras berdegup….kaki dan tanganku takkan kubiarkan berat malas untuk mencapai sesuatu dalam hidup ini semahuku…kini aku makin matang, ku tahu segala apa yang bakal berlaku adalah di atas tindak-tandukku sendiri dengan restu yang Maha Esa…Aku yakin dengan kemampuanku dan akan ku teruskah hidup ini serta tabah mengharungi segala cabaran ombak badai ribut taufan yang bakal memukul bahtera pelayaranku….tapi aku nekat untuk berjaya kerana aku tahu….
" SEKALI KUKATAKAN A, JANGAN SESIAPA SEKALI BERANI MENGATAKAN B!!!!"
::kalau setakat nak call 2 minit better takyah call: THE SOLUTION ::
December 21st, 2007 by amaluddinrazali…Hati aku masih lagi sakit and terluka dengan kata2 DIA…lebih sakit lagi dari lebam kat muka aku masa aku terhantuk kat stereng kereta masa nak ngelak dari kontena aritu. Adus! …pedisnyer hati niiiiiiiiiiiiiiiii !!!!….. Da nak masuk 2 hari da aku tak top up…maksudnyer da dekat 2 hari da ku tak contact dia…dia pun diam menyepi jer sejak 2 hari ni…tak sms aku pun…..
….ish…ish…lagi ar geram…da ar buat salah…TAKNAK NGAKU PLAK TU...mesti aku gak yang kena mencemar duli pergi call DIA and mintak maaf. ……..Arghhhhhhhh!!!!! kenapa….mengapa….bagaimana…..dan APAKAH?????. apasal kat dalam dunia ni, mesti lelaki yang kena beralah kepada perempuan….tak pernah pun perempuan yang kena mengalah kepada lelaki ha?….but then, why we must always be blame for possessing the highest ego ever???…….S**T !!
….dan seperti biasenyer….muka ni gak yang nak kena top up and menepikan perasaan marah yang meluap-luap tuk call DIA. Ya ar risau ar plak cos 2 hari da tak dengar kabar berita. Mana ar tahu ade pape yang jadi kat dia ker…demam ker…saket ker…saket perut ker…saket orang perempuan ker…saket hati lagi ker…. Risau jugak aku. Ye arr…da ar dia tu cute jer(lalalalala)…kalau orang2 comel ni saket, tak sampai hati plak rase hati ni(ceh, Doctor’s senses rising)…OK! AKU CALL DIA SEKARANG JUGAK!…
…Aku menekan nombor speed dial yg memang dah diassign ker nombor dia…
…calling ‘ct wanie digi’…
…tut..tut…tut..tut…
"erm, cam takde orang nak angkat jer" persis hati kecilku sendirian…
" erm, takpe ar camtu" pujuk hatiku lagi…
SUDDENLY, a miracle fell down from the stars…
…just a minute before i make up my mind to end the calling…i heard a voice…a small…sweet and calm one…just like i use to hear for all these while…
" assalamualaikum…sorry tadi gi toilet jap…abang knape lame da tak call…rindu ar"
…"yabedabeduuuuuuuu!! Yahoo !!….she miss me…she miss me…" i screamed my lungs out silently…
" erm, rindu ker? sorry orang baru jer top up..." jawabku ringkas dengan ke’macho’an yang dicontrol-control(uwek!)…
" erm, rindu ar…" jawabnya lagi ringkas, padat dan mampat tapi cukup untuk mebuatkan ginjal aku cair sampai ke kaki…
…then, she asked about what happend to me in the last two days…i break my promise to not to tell her about the ‘ambang maut‘ thing…she almost cry and she said she loves me and don’t wanna anything like those happened to me to struck me again in the future without her existence at my side…Then, i asked her bout her meal, her activities in this last few days…and we go on talking and laughing and sharing until 3.40 am… .Alar, takpe Fuyoh Hours free call… takde ar bazir cedit sangat…and kalaw bazir pun takpe…tak kisah pun…cos, i rather to have a minute to hear her voice and wasting hundreds of money to call her rather than an eternity without it…selamat ar, aku tak terikut-ikut kan perasaan amarahku sebentar tadi; kalaw tak…sure this thing will be getting worse and worse until it reach to a stage where regret is the end…
…i love this relationship and i really do…together we have tasted the bitter sweet in our journey and struggle to seek for our true love…we have endured the biggest iceberg of obstacles and together we have crushed through the valley of hatred, angry, envy and whatsoever, and we managed to come out alive and survive until now…and i wanna say thanx to you…for all the things that you have done to make my life a brighter day ever…
…You are the friend that i know i can act like complete idiot with…
and no matter what, YOU WILL STAND there laughing with me…
…You are the friend that i can get completely mad at…and then having you stand there with a funny face…completely IGNORING that the fact that i mad at you, and just burst out laughing…
…You are the friend that i can trust with EVERYTHING…there isn’t a thing in the world i would doubt telling you about because i TRUST you with my WHOLE heart…
…You are the friend that has been through ROUGH times with me this two years…and we still come out standing STRONG…
You are the friend that i would run to if in trouble, and you are the friend that always help me out…
…And You know what? You are the person that i consider as my best friend for eternity and I KINDA FUCKIN’ LOVE YOU……
…sedang tiba-tiba asyik nulih blog ni tetiba plak aku terdengar bunyi ringtone ‘drowning-bsb’ hanset aku berbunyi aku pun capai hanset and terus jawab call…
" erm, assalamualaikum…nape yang?" aku bertanya kehairanan…cos, da takde kerja ker dia call pagi-pagi buta ni…riindu lagi ar tu agaknyer…
"erm, awak katne ni? ayang da sampai stesen bas klang da..kata nak ambil?" dia menjawab ringkas dan padat seperti kebiasaannya…
…masa tu lar plak aku teringat yang malam tadi aku da bwat janji yang aku nak bawa dia kluar pergi Jusco bukit tinggi kat sebelah rumah aku ni cos nak usha harga almari plastic yang bley buka2 tue cos dia nak practical 29 haribulan ni kat muar,johor…
" erm, abang…abang kat petronas tengah isi minyak…jalan jem arr…banyak kereta…erm, dalam 20minit lagi abang sampai…ayang tunggu kat tempat biase tau…jap lagi abang datang…" ligat akalku mencari alasan…
" erm, ok ar…kalaw awak lambat2 datang, nanti blanje orang tengok wayang…" dia da mula geram…
"ok…ok…anything for you dear…"
…aku terus tutup laptop…pakai baju…sluar jeans…capai kunci motor 125 ku….dan terus memecut menyusuri jalanraya Klang yang tidak pernah lekang dengan kesibukan kenderaan manusia yang mementingkan diri sendiri tu….dan sampai tengah jalan plak, baru aku teringat yang aku tertinggal baju yang aku beli kat kelantan untuk dia minggu lepas…aku patah balik dan terus meneruskan kehidupanku yang penuh dengan ‘adventure’ ini…..wassalam ::
:: Di ambang maut ::
December 20th, 2007 by amaluddinrazali:: Masa tu AKU tengah call wanie gune phone rumah…tetiba plak mak call
…"Mal, suruh abang ambik mak jap kat KLIA…mak kena urinary tract infection, da dapat MC da…Amal ikut lar skali, teman abang Iman"
…" Ok, mak…jap lagi kitorang datang menyelamatkan mak..tunggu tau…hehe.."
…" em, wanie…abang kena ambil mak ar…mak sakit"
…" Ok, takpe ar…gi ar ambil mak…"…wanie letak phone geram.
tahu dia marah…da ar dia kena tunggu lelame untuk tunggu aku call…pastu bila baru call tak sampai 2minit da kena letak plak…mesti dia bengang giler…aritu baru jer janji nak jaga hati dia leklok…da bwat hal balik…mm, lantak ar…mak lagi penting…Kejut abang Iman…dia plak memang jenis cepat ngantok malam2…dia bangun malas2 ke toilet…basuh muka dan mata pun macam nak taknak jer bukak
…" Mal, drive ar…pegi amal drive…balik abang drive k?"abang memeberikan cadangan
…" mm, k ar"…
seronok gak drive…da lame da tak drive…yelah abah tak bagi drive sangat…sebab abah da bagi motor kalau nak pegi mane2…so, memang jarang ar dapat bawa kereta…nak2 plak kereta baru…memang adventure giler ar sepanjang perjalanan ke Banting…da ar gelap…lori kontena besar2 and laju2 plak tu…dalam hati "ni, klaw kena langgar ni mesti remuk kereta"…aku pun da ar cam rabun2 malam sket, ngantuk plak tu…maklum ar, aku kurang consume vitamin A…takpe ar,mak punye pasal …nak jadi pun jadi ar…aku ni da ar tak tahu jalan ke KLIA sangat…selamat ar, tahu gak sket2 jalan ke Banting…cos study pun kat KMB, klaw tak tahu jalan banting…better bunuh diri ar…selamt adik aku jadi tourist guide kat blakang…takde ar awkward sangat bawa kereta ni…
…memang disaster giler sepanjang perjalanan…terkial2 nak gune lampu tinggi and rendah cos nak tengok jalan and signboard…da ar jalan banting gelap…finally, berkat kesabaran dan kesusilaan yang tulus ikhlas, sampai juga ke KLIA…pastu masuk kat pos kawalan keselamatan and mak da ade pun kat situ…pastu abang iman pun ambik alih tugas bawa kereta sampai balik…nak dijadikan citer…masa baru jer kuar dari KLIA, abang iman stop kat Petronas to buy a coffee…dia kata dia still ngantuk…pastu dia kata…
…" amal bawak ar, abang still ngantuk lagi ar..."
…" mm, ok ar…jalan pergi same jer kan cam jalan Klang bang kan?"
…" a’ah…tengok signboard banting jer masuk"
…pastu, driver bertukar tangan…aku pun bawa ar…sekarang confident sket…cos mak plak jadi tourist guide…mak memang arif pun jalan2 banting ni…aku pun bawa ar dengan confident nyer sampai ar ke satu intersection yang da takde signboard banting…ader klang jer…mak cakap ambil klang…ok, aku pum memusing stereng sampai ar ke satu jalan kampung yang menakutkan yang tak pernah langsung kitorang lalu…mak da mula menggelabah…aku pun macam goyang sket ar…serious takut doh…MANE AR TAHU,klaw2 tetiba plak ade ‘benda2‘ melintas kat depan, tergamam aku dibuatnyer kang…da ar aku driver…aku bawa 3 nyawa dalam tangan aku…kereta aku palk bukannya auto…manual jer…nak maen clutch lagi, gear lagi, minyak lagi, nak tengok signboard lagi…pastu abang buka mata…
…" kalaw da tahu salah jalan u-turn jerlah "abang berbunyi.
…" Mal, u-turn mal…mak tak pernah lalu pun jalan nie" mak da mula membuat jantungku berdegup kencang.
…" ok, rilaks k…rilaks..." terngiang2 kata2 adam yang selalu kedengaran bila aku tengah cuak or gelabah kat dalam kelas.
…di kejauhan aku nampak ade beberapa kontena sedang memandu laju…aku tunggu kontena tu pass by pastu aku cepat2 u-turn ke jalan masuk tadi…huish selamat lepas…pastu plabila aku bawa kereta depan sket…aku terkejut pelik sket…
…aik, tadi kontena ni da lame da lepas aku…kenapa aku sempat pulak kejar dia…da ar tetiba plak slow tadi bukan main laju lagi bawa…jalan tu pun macam sempit sket signboard pun tak berapa clear…teringat palk pesan abang…" jangan drive blakang lori, kang dia break kang mati kita"…pastu abang buka mata, dan seperti yang dijangka abanpun lantas berkata…
…" jangan ar duduk belakang lori, kang tetiba dia emergency break, remuk kita"
…ok, aku pun bagi signal nak potong…tetiba plak aku nampak jalan tu converge muat2 tuk satu kereta jer…satu lagi da jadi flyover…aik???..
dalam kebingungan aku tetiba palk mak bersuara "ha, cuba try naik flyover ni mana ar tahu kot2 bley jumpa jalan keluar"…aku pun terus tekan minyak naik flyover dan meniggalkan 2 kontena yang lembab cam siput babi tadi…pastu sampai jer di pertengahan flyover aku nampak satu lagi kontena yang laju meluru ke arah kerata kitorang sambil membunyikan hon yang membingitkan.
…pon!…pon!…pon!…pon!…
" Ya Allah mal, ni flyover one way!!!" abang menempik…
" Astargfirullahalazim…………camne ni man" mak beristighfar panjang dan meminta buah fikiran dari abang iman…
…aku kaget…nak reverse tak boleh cos ni flyover…nak ngelak kang terjunam kereta ni ke bawah…ake pejam mata….3 minit lagi before kereta ni remuk digilis kontena yang laju dan begitu juga halnya dengan penumpangnya…dalam kepala aku da terbayang macam2…
‘ kalau semua mati…aku akan jadi pembunuh…family aku akan tinggal 2 orang jer…abah ngan kaklong jer tinggal…yang lain semua da takde…ni ar last raya aku kat malaysia, pasni da nak fly da…takkan ar last raya tu bermaksud aku da tak berpeluang lagi nak sambut raya…esok sure heboh dalam paper…4 Sekeluarga hancur digilis kontena….tidak! tidak! tetiba aku merasakan satu keyakinan dari Tuhan yang merasakan ‘AJALKU BELUM SAMPAI’ "…
…pon!…pon!…pon!…pon!…bunyi hon kontena semakin mebingitkan…lampu tinnginya semakin menyilaukan pandangan…kami sekeluarga semakin resah…dan yang bertambah2 resah ialah AKU…kerana aku yang membawa keluargaku ke lembah maut…TIBA-TIBA…
…aku mersakan satu ketenangan yang meresap masuk dari ubun-ubunku…walaupun pandanganku semakin tidak jelas…aku yakin…aku masuk gear dan terus membelok ke tepi penghadang flyover…kurapatkan kereta serapat mungkin ketepi dan akhirnya kontena tersebut mempunyai ruang untuk melepasi kami dan akhirnya kami sekeluarga TERSELAMAT jua…….
…" huish lega! "…kami sekeluarga menghela nafas panjang…abang plak drive sekarang…rasa macam nak pening plak cos nak kena reverse sampai turun flyover tu…jauh plak tu…sepanjang perjalanan pulang…abang tak henti-henti bising memarahi aku….tapi telingaku seakan2 pekak seketika dan tak sepatah pun leteran abanag hinggap ke sistem audiotori aku…fikiranku masih lagi terbayang2kan peristiwa tadi…ketika malaikat maut bakal menjemput kami berempat pergi…pergi selama2nya dari dunia ini…selamat aku selalu mengamalkan bacaan doa agar dimatikan dari dunia ini dalam pengakhiran yang baik setiap kali selepas solat…dan mungkin itu yang membuatkan kami dihindarkan dari peristiwa berdarah tadi…kini,aku semakin percaya pada takdir…aku percaya bahawa ‘ mati dan hidup tu ditangan ALLAH azzawajalla ‘-LAhuma…..
…Sesampainya kami di rumah aku terus masuk bilik…diam seribu bahasa dan lantas merebahkan tubuhku di atas katil….malam tu aku tak dapat melelapkan mata walau sedikitpun…da banyak kali da aku cuba untuk melelapkan mata…ingat nak call wanie, tapi takde credit plak…cakap pasal wani…tetiba plak dapat sms dari dia..dia cakap…
" kalau lain kali, setakat nak call 2minit jer pastu letak…baik tak payah call…bwat pnt jer orang tggu..bye…"
…mak aiii! tajamnyer bahasa dia…mesti dia hot giler ngan aku…mm, takpe ar…she has a right to be so angry anyway…biarlah dia…biarlah dia tak tahu tentang cerita ni…biarlah aku simpan memori hitam ni dalam ingatanku sorang2…aku pun malas nak citer balik kat dia…penat…malas…jam menunjukkan pukul 5.56am…aku dengar azan berkumandang…sejuk dan syahdu sayup2 kedengaran dan menusuk kalbuku dalam-dalam…aku lantas mengorak langkah ke bilik air bawah untuk mengambil air sembahyang dan menunaikan solat subuh dengan penuh rasa kehambaan dan rendah diri…aku bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk hidup di muka bumi ni dan mula menulis coretan blogku buat yangpertamakalinya… ….ALLAHUAKBAR…ALLAHURRAHMAN…ALLAHURRAHIM…::
hahaha…baru nak mula…
December 18th, 2007 by amaluddinrazali:: actually dari dulu lagi nak start bwat blog ni tapi takde mase arr…ok pasni kita start memblogkan diri k?::